Wednesday, June 15, 2011

"Kau Yang Satu"

Ini dia koleksi Novel terbaru aku "Kau Yang Satu" Novel ni aku belum baca apa lagi pun. Kebetulan member opis aku pegi kedai buku POPULAR so aku kirimlah sekali beli Novel nih..hehehehehe

Drama Nora Elena pun nak sampai penghujung dah tapi Novel "Kasih Yang Suci" pun aku tak habis baca pun...tapi tak pe...aku dah tau ending citer tuh...yeaahhhh happy ending...manyak suka lorrr.....tapi betul lah...citer drama ngan novel lain....ala lain sikit jek....tapi stay jalan citer yang sama.....tak saba plak aku nak habiskan baca novel tuh..tapi tu arrr...ada anak kecik ni payah sikit....baru nak baca lain keja plak yang datang....


Ni aku kongsi sinopsis aje ye...sapa2 rasa nak baca kisah seterusnya sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran...


Sinopsis "KAU YANG SATU"

Bot milik peribada Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakan perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...