Tuesday, May 19, 2009

Tag tentang Perkahwinan

Glitter Words

1) Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya...
Tempat pertemuan kami adalah kat pejabat sebab kami ni 1 opis. tapi hubungan kami ni bukannyer baik pun. Kami ada musuh...aku menci sangat kat husband aku masa tu.

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan...
Nampak cam nakal sebab suami aku ni suka mengusik tapi suami aku adalah seorang yang penyayang, carring, memahami aku, setia, pandai jaga hati aku, dan menerima aku seadanya.

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda...
Hehehe ni yang buat aku nak gelak terguling ni. Korang nak tahu tak..suami aku meluahkan perasaan dia kat paking kereta umah aku je.. itu pun secara tak sengaja...tak romantik langsung suami aku nih...carilah tempat romantik sikit nak luahkan perasaan tu..ni tak...ok...macam ni kisahnyer...Aku ngan suami aku dulu adalah musuh pejabat. Masa tu aku dah ada bopren tapi suami aku ni suka sangat kacau aku. Sehinggalah bopren tak guna aku tuh telah meninggalkan tanpa sepatah haram alasan nyer. So kat opis aku selalu lah nangis. Masa tu jiwa aku kacau bilau dah suami aku sering menemani dan menjadi pendengar setia, sampai suami aku sanggup datang rumah minta izin mak bapak aku nak bawak keluar. Lama-lama suami aku cakap yang dia ada suka ngan budak pompoan ni tapi dia takut nak cakap sebab budak perempuan tu garang. aku cakaplah ngan dia...apa susah ko cakap je ko suka kat dia..pompoan ni garang-garang pun hati dia lembut..tiba suami aku cakap..."AKU SUKA KAT KAU MIRA" haaaa aku pun terdiam membisu..biar betol...dia pun cakap betol dan dia nak kawin ngan aku...masa tuh first time dia pegang tangan dan cakap "SAYA IKHLAS....DARI LUBUK HATI SAYA" 2-3 hari macam tu aku kata OK tapi kena rahsia..jangan sampai member opis tahu...malu beb...dulu menci sekarang sayang...wakakakaka....hubungan kami dirahsiakan sehingga mereka semua mendapat kad undangan perkahwinan dari aku...best tak citer aku nih...

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya...
Suami aku simple je...dia tanye AKU SUKA KAT KAU MIRA....AKU IKHLAS NI..AKU NAK SERIUS NGAN KAU SAMPAI KAWIN...nak tergelak lah aku sekarang ni..mmg kelakar kalau diingat kembali...

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Kenal : Tak ingatlah bila...tapi kenal lama bercinta tu kejap je...aku cakap ok dalam sebulan tuh terus beli cincin merisik dan bertunang....kisah aku sempoi je...
Aku dirisik pada : 25/7/1999
Aku bertunang pada : 31/08/1999
Dan kami bernikah pada : 25/05/2001 (dah nak aniversary dah nih)
Aku memang mintak tempoh dalam setahun sebab masa ni aku betul-betul nak kenal suami aku ni..yelah dulukan musuh ketatkan..kenalah selidik dulu...bila dah ok tuh kami pun merancang untuk menjadi suami isteri. Aku bergelar isteri ketika berusia 22 tahun (ikut tarikh beranak kalau ikut tahun 23 tahun)

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
25/05/2009 ni genaplah usia perkahwinan kami yang ke-8 tahun...

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda...
a) masa aku masih tak ngam ngan dia....tiba2 muncul depan pintu..mintak izin nak bawak aku keluar
b) Cakap suka kat aku
c) Balik keja tiba-tiba bawak aku pegi beli cincin...aku pelik arr masa ni..betul ke mamat nih..cepat sangat...wakakakaka
d) Melamar aku...indah sekali...aku suka ayat-ayat cinta masa nih...
e) baru-baru ni belikan kamera DSLR yang dah lama aku nak...

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga...
Antara isi-isi perancangan aku adalah :
1) Nak anak lah..dah lama aku kawin masiih tak ada anak...last aku gugur 8/8/2008 sampai sekarang masih kosong lagi...bila nak ada isi pun aku tak tahulah...aku hanya mampu berdoa pada Allah.

2) Kalau boleh aku nak beli umah besa sikit. sekarang aku duk flat je...tapi rumah beli..impian aku..aku nak mak ayah aku dan mak dan ayah mertua aku duduk 1 bumbung...aku nak rumah aku sentiasa riuh dengan suara gumbira
.

3) Nak tuka keter...keter suami aku asyik majuk je sejak cakap nak tuka...sudah nyer sampai sekarang pakai lagi keter tu...tapi keter majuk jugak...hampeh betol lah keter tuh...wakakakakaka

4) biarlah hubungan kami terputus apabila salah seorang dari kami menghadap penciptanya dan dipertemukan semula dia akhirat kelak...dia lah suami dunia dan akhirat...

9) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda...
sangat-sangat rapat. mak aku ada penyakit 4 serangkai dan ayah aku ada kencing manis yang kronik sampai kehilangan sebelah kaki. Suami aku dengan hati terbuka membawa ibu dan ayah aku tinggal bersama kami. walaupun rumah kami tak sebesar mana tapi pengorbanan dia amat bernilai sekali. kami sama-sama menjaga orang tua kami...alhamdulillah...Syukur padaMu Ya Allah kerana mengkurniakan sorang suami yang bertanggungjawab dan prihatin...

Glitter Words

3 comments:

Ciklinn said...

arghhh sagt2 roamntikk lorrrr cara dia luahkan perasaan..mcm filemlah kak cayalah..

linn diakan jodoh akak kekal hingga akhir hayat yer... aminn

Eyzamiel said...

thank's kak mira sbb dah jawab tag.. best gak baca kisah cinta kak mira ni...tu la org tua2 ade ckp... jgn benci2..lama2 nnt jadik sayang..hi..hi...

ninie's corner said...

wah seronoknye baca kisah mira.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...